Thursday, December 15, 2011

✿~ Kasih Sayang

Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung selama sehari.

Si isteri berkata kepada suaminya, "bila abang dapat melepasi syarat itu, saya akan mencintai abang selamanya".

Si suami bersetuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24jam untuk hidup, kerana isterinya terkena kanser.


Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.

Air matanya menitis melihat isterinya terbaring kaku dengan surat ditangan yang bertulis. "Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari...?? Saya mencintai kamu selamanya..."

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh...
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut...
Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur...
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh..

>.<