apabila kita ingin bersahabat, janganlah kerana
kelebihannya kerana mungkin dengan satu
kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya.
andai kita ingin berteman, janganlah kerana
kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan,
kita akan membencinya.
andai kita inginkan seorang teman,
janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia
tidak pandai menceriakan, kita mungkin akan menyalahkannya.
andai kita inginkan sahabat yang satu,
janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu,
kita mungkin akan memfitnahnya.
andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya,
kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa.
jangan diharapkan terlalu sempurna, kerana kita sendiri pun
tidak tahu apakah diri kita sudah cukup sempurna
mengikut kehendak Allah s.w.t yang sebenar-benarnya..
~ bersederhanalah dalam persahabatan
Insyallah kita tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kelemahan ~
No comments:
Post a Comment