Tuesday, November 15, 2011

Anda Wanita Paling Anggun Didunia :)

Salam...
saje2 nk share apa yg aku baca..ada banyak cara untuk jadi wanita paling anggun didunia kan..anda baca ni yer..

Anda, dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik daripada matahari. Dengan akhlak anda,
anda lebih harum dari minyak wangi. Dengan sikap tawadhu' anda, anda lebih tinggi purnama. Dan dengan
cinta anda, anda lebih segar daripada rintik gerimis.
Oleh itu, periharalah kecantikan anda dengan keimanan, kesederhanaan dengan kepuasan & kehormatan dengan
hijab yang menutup aurat.

Ketahuilah anda bahawa perhiasanmu bukanlah emas @ perak, tetapi dua rakaat menjelang subuh,
dahagamu ditengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah,
airmata taubat, sujud panjang diatas hamparan sejadah dan malu kepada Allah ketika terdorong
bisikan nista dan ajakan syaitan.

Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi Wanita Yang Tercantik Didunia meskipun pakaian anda bertampal. Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung anda, nescaya anda akan
menjadi Wanita Yang Paling Anggun di dunia meskipun anda tidak berkasut.

so kalo nk jadi Wanita Yang Paling Anggun, kena la ikut kan hehehe
sama-sama la kita menjadikan ianya reality...renung-renungkan dan selamat beramal (ayat profesor izzie hj ali)

No comments:

Post a Comment