Sunday, May 13, 2012

;)



✿~ Untuk membentuk bibir yg menawan
ungkaplah kata2 kebaikan
✿~ Untuk mendapat mata yg indah
carilah kebaikan pada setiap orang yg anda jumpai...

✿~ Untuk mendapat bentuk tubuh yg langsing
berkongsilah makanan dengan mereka yg kelaparan
✿~ Untuk mendapat rambut yg indah
mintalah seorang anak kecil untuk menyisirkannya
dengan jemari kecil....setiap hari

✿~ Untuk mendapat susuk tubuh yang indah
berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan
dan tak pernah berjalan sendirian
✿~ Manusia jauh melebihi ciptaan lain
perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni
jadi jangan pernah ketepikan seseorang dari Hati anda....

✿~ Kecantikan wanita bukan kepada kehalusan wajahnya
tetapi, kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya
yang penuh dengan kasih memberikan perhatian dan cinta
dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu

✿~ Serikan wajahmu dengan siraman air sembahyang
dalam munajat tak kunjung henti
✿~ Hiruplah nafas kehidupanmu
kurniaan Allah tercantum dalam Akal, Hati dan Budi....

✿~ Tebarkan senyumanmu segenap penjuru alam
kerana itulah sedekah yang paling utama
✿~ Pancarkan sinar indah dari kedua matamu
betapa agungnya alam ciptaan Illahi
sambil menjenguh besarnya Kurniaan ini buatmu
kerana melaluinya boleh kau kenal mata hati yang abadi...

✿~ Sebarkan pula dari bibirmu kalimah zikir
sambil menyampaikan yang indah dan elok
✿~ Kecantikan yang hakiki bermula dari
utaian cinta dan tawakal kepada
Penciptamu yang Maha Agung...

No comments:

Post a Comment