Monday, May 14, 2012

hati wanita

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya disaat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu,
Selamanya....

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi,
Dia menjadi lemah,

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya.

Lelaki,
Jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong jangan mempersiakannya,
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya,
Saat dia menangis dihadapanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya...
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Fikirkan,
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu.

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan,
Dia menangis,
kerana menangis dengan diam-diam,
sudah tidak mampu bagi dirinya.

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu,
Jika wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk kau melihat apa yang
telah kau lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya,
Pertimbangkanlah kerana suatu hari nanti,
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk memohon "MAAF"


 
 

No comments:

Post a Comment