Tuesday, May 15, 2012

Cerita Honeymoon..^_^ :

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi Lin, Azie, Suri dan Murni. Satu hari mereka berpakat untuk kahwinkan anak2 ini serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pergi honeymoon, Lin pergi honeymoon ke Pulau Langkawi, Azie ke Pulau Tioman, suri ke Pulau Kapas dan Murni ke Pulau Perhentian. Sebelum pergi, Mak Minah dan Pak Mat berpesan, 'nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja, dah cukup. Ringkas, padat dan cepat'. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan kepada anak2nya. Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Lin yang bertulis 'Standard Chartered'. Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang tertulis 'Besar, teguh dan peramah'..Bahagialah Si Lin rupanya...Esoknya terima pula surat azie yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi kedua2nya membaca iklan yang bertulis 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir' Bahagialah Si Azie rupanya...
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Suri yang bertulis 'KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum kedua2nya membaca iklan yang bertulis 'Hingga menjilat jari'...Bahagialah Si Seri rupanya......Seminggu berlalu tiada surat dari Murni. Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua minggu...tak ada jugak..masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Murni dengan isi kandungan 'Air Asia'. Bergegas le Mak Minah dan Pak Mat cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nk tau apa yang jadi kat anak bongsunya. Bila baca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis....Apa motto iklan itu....?? 7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI...TANPA HENTI' ! =))

* bukan nk lucah tp nk share je hehehe


No comments:

Post a Comment