Tuesday, May 15, 2012

kehidupan???

Kehidupan seringkali menjadi tanda tanya kepada mereka yang menemui kebuntuan dalam hidup.
Apa MAKNA KEHIDUPAN??? Makna kehidupan hanya dapat diketahui oleh mereka yang sering terfikir mencari penyelesaian bagaimana untuk keluar daripada pelbagai persoalan hidup. Mengapa semua ini terjadi? Hingga kita lupa apa yg perlu kita ketahui dimana makna yg realiti.

Sedarkah kita kehidupan cuma ada 2 pilihan semata-mata. Adakah kiri atau kanan, baik atau buruk, gagal atau berjaya, mejadi permainan dalam hidup.Hidup ini cuma pilihan.Bergembiralah hari ini jika kita diberi bermacam-macam pilihan untuk kita sendiri menentukannya.Tetapi harus ingat jangan kita terlalu pasti dengan kegembiraan yang ada kerana jika pilihan itu tersilap langkah pasti akan mengakibatkan kita menangis selama-lamanya.

Selagi darah masih mengalir ditubuh, nafas belum terhenti, kita masih mampu menahan diri dari menangis. Bangkitlah dari kegagalan yang lepas. Bangun atas kesilapan yang lalu. Terus berdoa pada Allah agar diberi petunjuk dan gerak hati yang baik utk memilih KESEMPURNAAN HIDUP.

** Renung2kan dan Selamat Beramal
     (ayat prof izzie hj. ali ;p)

No comments:

Post a Comment